heartbeat

thx for being my followers

Sunday, July 21, 2013

Puding Roti Marble

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku tersuntik semangat nak membuat puding untuk juadah berbuka puasa. Setelah aku puas meng'google'kan diri mencari resepi puding tu. Sumber asal boleh dilihat pada Puding Roti Pelangi.

Ini cubaan kali kedua aku buat puding ni. Dulu aku buat bersama-sama dengan housemateku. Tapi dulu aku tukang blender jep housemate aku yang tukang buat corak-corak ni. Then, aku ter'miss' plak nak tengok skill nak buat marble tu. So, hari ni first trying nak buat marble agak ketaq-ketaq lutut sket. wahaha..


Bahan-bahan.


  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
  • pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2).

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati.
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.






Ini lah rupa puding yang aku buat. Marble tak bape nak jadi tapi rasa dia ok la kot! First trying. 

So, apa lagi cubalah. Senang je. Selamat Mencuba! :)


Haa sambil-sambil memasak tu boleh la pasang lagu ni buat santapan telinga. 



Friday, July 19, 2013

Isu Panas di Bulan Ramadhan (sebagai renungan bersama)

Assalamualaikum..

Apa isu panas tu? perlu diingatkan aku bukanlah wartawan gossip hiburan sensasi atau paparazzi tetapi aku hanyalah insan yang suka melihat dan memerhati serta mentafsir apa yang berlaku di sekeliling.


Minggu ni home facebook aku penuh dengan berita sensasi Ashraf Muslim kawin dua ni. Gambar di bawah sebagai bukti menunjukkan ramai bebenor la yang mengepost berita ni.




Sebelum ni aku tak percaya dengan gossip hiburan sensasi tentang Ashraf Muslim ni. Kira ignore ajelah sebab aku memang malas nak amek port pasal artis-artis ni. Tapi entah kenapa dikeheningan pagi semalam, sambil aku merehatkan diri melihat youtube ternampak pulak video statement from Bapa mentua si Ashraf ni. Saje je nak tengok what going on?


Then, setibanya mak aku balik dari kerja pon dok keriuhan cerita pasal Ashraf ni. Tak sangka mak pon advance dalam hal gossip. haha.. (apa taknya terpengaruh dengan orang dekat tmpat kerja la ni.). Rupa-rupanya cerita siap masuk berita pagi TV3. Owh aku tak tengok berita TV3. Sekian!


Nak lebih panas kontroversi timbul dengan penulisan puisi yang dikhabarkan daripada Dayana. Henti-hentikanlah segala gossip yang melanda diri mereka. Penulis sebenar adalah seperti dalam kenyataan blog mediapopular.


Tujuan aku menulis disini bukan hendak bercerita pasal mereka ni bahkan aku sangat bersimpati ke atas mereka. Hanya doa yang mampu aku titipkan buat Dayana sekeluarga agar tabah. Aku tak menafikan dan menyatakan hukum berpoligami itu teruk or so what ever. Siapalah diri yang kerdil dan hina ini menidakkan hukum Allah. Kita sebagai manusia memang tidak nampak apa kebaikan serta hikmah disebaliknya tetapi Allah lebih Maha Mengetahui. Cuma secara jujurnya aku terkilan dengan cara dan tindakan Ashraf. Mungkin jika aku ditempat Dayana pon akan mengambil tindakan yang sama. Apa-apa pon kita serahkan segalanya kepada Yang Esa.


Disini aku menyeru supaya hentikanlah bercerita pasal mereka. Disebabkan dorang artis kecoh satu melaya. Hurm..


Jom redakan diri dengan tengok video iklan raya samsung ni. 




Lastly, aku mintak maaf sekiranya entry ni menimbulkan sensetiviti atau spekulasi yang berbeza daripada mana-mana pihak. Just for sharing. 

Sebelum melabuhkan tirai jom kita istigfar. Selamat berpuasa! :)


Salam Sayang-Fasihah.



Thursday, July 18, 2013

Rokok itu Haram

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh Muslimin.

Hari ini bersamaan 9 Ramadhan 1434H. Masih berpuasa penuh tak? Bagi yang lelaki wajib puasa penuh ye kecuali yang bermusafir & uzur sahaja dibolehkan berbuka puasa. Bagi yang muslimah confirm ada yang dah tinggal kan? Normallah bagi perempuan.


Di dalam kesibukan mencari nafkah untuk family dengan berbusiness ni sempat lagi aku menggeledah blog-blog orang untuk menambahkan ilmu. In shaa Allah. Sesungguhnya menuntut ilmu itu kan wajib bagi umat Islam. Kenapa ilmu itu wajib? 

Sebagaimana Firman Allah maksudnya:

'...bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya". (43, An-Nahl & 7, Al-Anbia).

Dan Hadis Nabi yang bermaksud:

Dari Anas b. Malik r.a Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam". 


Rugi lah kalau kita tak menuntut ilmu kan? 


Sambil menerjah blog tu aku terjumpa satu article as per below:


Saja bagi kasi besar sket article ni. Agak-agak kalau tunjuk fatwa ni dekat perokok-perokok tegar apa jawapan dorg yep??


Selalunya smoker ni banyak benor alasannya yang mengatakan rokok tu hanya makhruh. Wallahualam.

Walau bagaimanapon, aku seorang yang agak anti rokok. Owh TIDAK. Asapnya menusuk ke lubang hidung hingga ke ruang legar peparuku.(Hope my future husband tak merokok. Amin)




SAY NO TO ROKOK


SELAMAT BERBUKA SEMUA. :)

ASSALAMUALAIKUM.

SALAM SAYANG-FASIHAH

Tuesday, July 16, 2013

Subhanallah

Bismillah.

Subhanallah Maha Suci Allah.

Tiada lafaz yang indah melainkan segala puji-pujian padaNya.

Malam Ramadhan yang indah ini terasa begitu damai dan tenang. Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi.


Terasa diri begitu kerdil dengan dosa dan khilaf. 


Teringat pada kata-kata seseorang. Apakah gunanya kita dijadikan di dunia ini? 

Tahukah anda kejadian kita di dunia hanyalah untuk menyembah Allah yang Esa. 

Fungsi kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Jangan hanya mengejar dunia sehingga mengabaikan akhirat. 

Video ini buat tatapan sahabat semua. Marilah berubah ke arah yang lebih baik. In shaa Allah.





Sayangi Allah & Sayangi Rasulullah.

Salam Ramadhan. :)


Thursday, July 11, 2013

First Day Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum w.b.t.


Pejam celik pejam celik akhirnya Ramadhan kembali lagi. Perasaan seronok tu susah nak di gambarkan dengan kata2. Bak kata ustaz kat dalam tv tu, kalau kita tak rasa keseronokan dalam bulan Ramadhan tu kita ada masalah dengan hati dan tahap keimanan kita. Makanya haruslah check tahap keimanan masing2 yep. (Takpe kan intro tazkirah sket, sbg manusia kene selalu ingat-mengingati).


Sebut pasal bulan puasa atau bulan ramadhan apa korang akan ingat?(soklan ni aku ciluk dari rancangan Akustika Ramadhan dekat tv3 yang dituju pada artis popular Azlan & The typewriter). Ni pon aku tengok repeat punya siaran pada subuh hari. Siaran Langsungnya malam tadi tapi malam tadi aku awal2 dah berlayar ke udara. Memang penat sangat2. Back to the question, bagi aku la bila sebut pasal ramadhan mesti ingat terawikh, sahur dan yang paling penting petang2 tengok menu berbuka puasa apa hari ni kan kan..??


Sebenarnya puasa ni nak menahan segala nafsu tapi mostly masyarakat melayu telah tak sengaja dididik oleh sogokan makanan yang melimpah ruah. Especially bila kita pergi bazar ramadhan confirm rambang mata nak beli. Rasa macam semua nak beli kan kan? kalau tak bagus la tu. Alhamdulillah. 


Panjang betol muqaddimah aku ni laa.. Tujuan asal nak habaq yang hari ni first day aku buat kuih DIY without campur tangan from my mummy. (ehem..ehem..) co-asst ofkos my 2 sisters (ateh & alang). 


Aku yang specky tu, hait tengah tu kitorang panggil ateh, tudung biru tu alang. (Fasihah & Co Team). Nama diberi sempena teamwork ramadhan ni. 

Haa nak habaq mai ni, pagi tadi agak kelam kabut jugak la Fasihah & Co buat kuih2 tue. Semuanya menunggu arahan daripada kakak sulong deme. Opkos la aku yang sulong evendo orang kata aku yang ketiga. haha.. (sila jangan muntah). 


Makanya terhasil lah kuih yang ok ok je kot. Tak tahu lah apa rasanya. Almaklumla puasa kan. So main agak2 ajelah. Meh sini nak tunjuk hasil kuih sebelom dikukus atas dapur. Sobonarnya kitorang plan nak buat           4 jenis kuih (Kuih KASWI PANDAN, KASWI GULA MERAH, CUCUR & KUIH KACANG HIJAU) tapi pepagi lagi mak aku ponpang dia lupa nak masukkan kacang rebus tu dalam peti satu malam. Makanya kuih tu jadi lembek le weii.. Tak jadi lah kawe nak jual kuih tu.


Korang nak resepi kuih kaswi pandan ni tak? Senang jep. Next entry aku update resepi kuih kaswi ni. Rugi sape tak cuba.!



Inilah ghuper kuih-muih buatan 3 dara pingitan. Tak tau apa rasa sebab masing2 puasa. Tapi jualan habis terjual semuanya tanpa meninggalkan kesan. Alhamdulillah. Untuk petang ni tak tau macam mana lagi.. Doakan semoga laku lagi lah yep. Amin.




Sebelum menamatkan entry yang agak panjang lebar kali, aku nak tunjuk sket cendawan yang dah membesar dengan sihatnya dan selamat dipetik. (Haa kau excited terlebih. Best sangat bila hasil kita tggu tu mebuahkan hasil. Korang nak tau perasaan tu try la tanam apa2 pon. hehe). Sebab tu orang kata berbudilah pada tanah. Cewah bermadah pujangga plak..




Sebenarnya dah banyak dah yang dipetik. Ini salah satunya. In shaa Allah cendawan celup tepung la plak kita berbuka hari ni ye. Alhamdulillah.



Selamat Berbuka semua!

Salam Sayang- Fasihah


Tuesday, July 9, 2013

Excited tengok mereka membesar depan mata!


Assalamualaikum..

Feel nak update hari2 belog aku ni datang mencurah-curah. Tetibe nak share perasaan excited ni bersama2 kalian semua.

FYI, after 1 week aku last working dekat KFH tu, aku dah plan nak pergi kursus cendawan tiram dekat Kg Kemensah, Selangor. Pada mulanya nak pergi dengan yaya tapi minah tu ada hal lain plak. Rasa macam tak nak pergi jugak la tapi bila pk2 balek pergi jelah. Idea ni pon atas cetusan kak Ros(merangkap senior kat opis aku). Kak Ros la yang bagi semangat dan info pasal cendawan ni. Terus aku macam nak try lah.

Ni haa bukti aku attend kursus tu. Sijil, VCD & Nota2 tentang cendawan masih utuh dalam simpananku..






Nampak tak date dekat sijil tu? 7 April 2013 kan..? Ini bermakna dah 3 bulan lebih dah aku attend course tue. Best jugak la course tu sebab diorang ajar dari A-Z. Korang penah tengok iklan belanjawan 2013-cendawan tiram? Kalau tak ingat meh aku remindkan korang tengok video ni..




Since tengok iklan ni la kitorang macam interested nak ceburkan diri dalam dunia cendawan tiram ni. Siap ada group Geng Usahawan Cendawan dekat fesbuk. Tu pon aku tau bila yaya yang suggest group tu kat aku. Banyak info senior2 usahawan cendawan ni share dekat situ.


Kalau korang nak tau, perusahaan cendawan ni tak banyak ada dekat market. Demand tinggi tapi pengeluaran tak banyak. So, mereka2 yang involve bidang ni yang concur market.Kiranya risiko nak bankrup tu kurang la sebab market kita dah pegang. 

Tapi dengan syarat kita mesti tau sifat2 cendawan & dunia cendawan ni. Kena belajar perlahan-lahan. Tanya pada senior2 usahawan cendawan. Dorang seriously tak kedekut ilmu.


Dalam course tu, dorang ada bagi 12 bongkah cendawan tiram untuk peserta2. Gigih jugak la aku mengangkut bongkah tu. Dari KL ke Pahang dengan bas uolls..


Bongkah cendawan as at 19 April 2013.

Latar tempat : Depan toilet umah mak aku. haha..




gigih dan kental aku letak bongkah2 tu dekat rak kasut. Sampai je Pahang terus aku merempit dengan my mummy carik rak kasut buatan kayu. Murah skettt kalo kayu kalo besi maunya tak mahal..hehe..



After 3 month, as at 9 Julai 2013, makanya cendawan tiramku pon membuahkan hasil. Excited weii bila subuh tadi mak aku kejut cakap cendawan aku dah tumbuh. Terus celik mata melompat dari katil pergi tengok anak2 ku tue.. 




Alhamdulillah, Syokknya tengok beliau tumbuh dengan sihat. Masih baby lagi. Tengok la dalam 2, 3 hari ni boleh la aku memetiknya. Boleh la kita menggorengnya sempena bulan ramadhan ni. Rezki ramadhan yang penuh barakah ni.. Korang pelik tak kenapa aku letak kain kat atas bongkah tu? sebabnya nak kekalkan suhu kelembapan. Kalau panas cendawan susah nak tumbuh.



Yang ni baby sangat lagi. Nampak tak cendawan tu tumbuh macam batang mancis. Tak sabar nak tengok dia membesar weii..





Itulah sajalah untuk santapan pada hari ni pasal cendawanku. Doakanlah supaya aku dimurahkan rezki & kekuatan semangat untuk menceburkan diri dalam bidang ni. Macam2 plan dalam kepala hotak ni. Tak tau la mana satu nak try. Kata nak sambung belajar la, nak buat kerepek wiff my family laa.. Kalau nak start bisness ni kena kerja keras. Tak boleh memain. Kena buat kertas kerja bagai kalo nak apply modal atau bantuan TEKUN.


Btw, aku ucapkan Selamat menyambut ramadhan pada esok hari. Maghrib ni dah start terawikh wei. Excited aku nak pergi masjid malam ni. Nanti kita tengok kemeriahan ramadhan yep. 

Salam Sayang from Fasihah. :)


Monday, July 8, 2013

semangat tetibe menerjah ke dalam diri sempena tahun 2013 ni..

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Ya Allah berkepuk-kepuk , berhabuk-habuk blog aku ni.. Last entry 27 July 2011 uolss. Komfem bersawang-sawang dah.. ntah kenapa di keheningan petang yang penuh keberkatan ni terasa nak update blog ni. Maybe semangat berkobar-kobar tu datang apabila disuntik daripada puan nunu. sekarang ni cik nunu dah naek taraf kpada puan nunu, then will be mother to be plak yep..hehe..Congrate once agains sahabatku/exhosmet/excolleague.. :)


Okeh back to the topic, kenapa cheq tetiba ada semangat dah mengupdate bgai ni kan? Korang nak jawapan tu pendek ke panjang..?? hurmm.. aku bagi dua2 jawapanlah..

Jawapan pendek: Sebab aku boring.

Jawapan panjang: (Reminder- kalau penat nak baca korang skip jep..haha). Sebabnya aku isytiharkan aku penganggur terhormat di abad ini. Disebabkan contract aku pon dah abes, so aku decide nak amek leave panjang sket lah.. Ghuper2nya barulah aku tau perasaan orang tanam anggur ni.. (pdan muke tak bersyukur, dulu balek lambat dari koje pon merungut). Tak pe, aku sejujurnya tak menyesal sebab Allah dah rancang yang terbaek untuk aku.. haaa..see, we must be positive think evendo dah berbakul2 jiran tetangga dok mengata aku..So di kelapangan tu, aku terlebeh masa nak update blog aku yang dah bersawang-sawang ni..


Hello, hello, hello.. korang mesti ingat aku makan, tdo, makan, tdo je kan? Persepsi anda anda semua silap yep. Pepagi aku lagi dah kene hantar adek haziq (si bongsu) tu pergi sekolah yep..Lepas tu, aku kemas2 umah sampai pukul 10 jam berbunyi aku dah pergi pasar uolss.. lepas tu, aku masak untuk tuan2 puteri kat rumah ni. haaa, amacam dah macam HOUSEWIFE tak bertauliah tak?? almaklumla my mummy pergi carik rejeki.. anaknya kene la jadi housewife tak bertauliah sementara nak tggu panggilan company2 yang berpotensi.. 


Kalau korang tengok entry zaman tok kadok ada kot gambor budak kenit ni. dah darjah 2 budak ni haa..

Di samping tu, aku berjinak-jinak dengan dunia bisness ni. jual kuih-muih dekat bazaar ramadhan(nanti aku update pasal bazar ramadhan rabu ni ye), pastu aku jual biskut raya. beli la..beli la.. penat aku promote sana sini dekat fesbuk tau. nak tengok? klik je link ni.. Kalau berminat boleh PM jep 24 hours 7hari seminggu haa amekkau..


Sebelum aku stopkan potpetpotpet aku ni, aku nak mntak uolss doakan aku berjaya la test JPJ nanti yep. malas dah nak ngadap driving school tu dah.. boring weyh.. dah ghuper apa dah..


korang layan jelah gambor2 untuk santapan mata semua. (macam la cantek sgt..lantaklee)..



snap depan cermin dekat umah sewa aku dlu.. rndu bilik aku weii..








mek yaya yang hilang khabar berita bila dia balek kampung halaman terchenta. okeh dah paham fiil dia kann..




jejalan ke petrosains wiff puan nunu after one month naek taraf tanam anggur. dah tanam anggur ada ongkos lagi nak jejalan yep..??






me, my sister & my youngest brothers.. apaaa?? tak percaya itu adekku?? percayalahh.. macam la aku kurus sangat..sama je pon..skg dah makin bambam..





Time ni wedding my rumet kat matrix dlu.. dia nikah 6 July 2013 hari tue.. masih mood honeymoon tapi khabarnya dah kene posting ke Sarawak. Hope everything will be fine la ye sahabatku.. take ur experience and be tough sebab berpisah dengan hubby terchenta.




At last, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Almubarak dalam masa sehari je lagi ni.. marilah tingkatkan amal ibadah seolah-olah kita akan mati esok hari.. Amin. Tingkatkan amal, tambahkan ilmu in shaa Allah barakah hidup.. 

Bye. :) Salam Sayang Fasihah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...