heartbeat

thx for being my followers

Thursday, July 11, 2013

First Day Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum w.b.t.


Pejam celik pejam celik akhirnya Ramadhan kembali lagi. Perasaan seronok tu susah nak di gambarkan dengan kata2. Bak kata ustaz kat dalam tv tu, kalau kita tak rasa keseronokan dalam bulan Ramadhan tu kita ada masalah dengan hati dan tahap keimanan kita. Makanya haruslah check tahap keimanan masing2 yep. (Takpe kan intro tazkirah sket, sbg manusia kene selalu ingat-mengingati).


Sebut pasal bulan puasa atau bulan ramadhan apa korang akan ingat?(soklan ni aku ciluk dari rancangan Akustika Ramadhan dekat tv3 yang dituju pada artis popular Azlan & The typewriter). Ni pon aku tengok repeat punya siaran pada subuh hari. Siaran Langsungnya malam tadi tapi malam tadi aku awal2 dah berlayar ke udara. Memang penat sangat2. Back to the question, bagi aku la bila sebut pasal ramadhan mesti ingat terawikh, sahur dan yang paling penting petang2 tengok menu berbuka puasa apa hari ni kan kan..??


Sebenarnya puasa ni nak menahan segala nafsu tapi mostly masyarakat melayu telah tak sengaja dididik oleh sogokan makanan yang melimpah ruah. Especially bila kita pergi bazar ramadhan confirm rambang mata nak beli. Rasa macam semua nak beli kan kan? kalau tak bagus la tu. Alhamdulillah. 


Panjang betol muqaddimah aku ni laa.. Tujuan asal nak habaq yang hari ni first day aku buat kuih DIY without campur tangan from my mummy. (ehem..ehem..) co-asst ofkos my 2 sisters (ateh & alang). 


Aku yang specky tu, hait tengah tu kitorang panggil ateh, tudung biru tu alang. (Fasihah & Co Team). Nama diberi sempena teamwork ramadhan ni. 

Haa nak habaq mai ni, pagi tadi agak kelam kabut jugak la Fasihah & Co buat kuih2 tue. Semuanya menunggu arahan daripada kakak sulong deme. Opkos la aku yang sulong evendo orang kata aku yang ketiga. haha.. (sila jangan muntah). 


Makanya terhasil lah kuih yang ok ok je kot. Tak tahu lah apa rasanya. Almaklumla puasa kan. So main agak2 ajelah. Meh sini nak tunjuk hasil kuih sebelom dikukus atas dapur. Sobonarnya kitorang plan nak buat           4 jenis kuih (Kuih KASWI PANDAN, KASWI GULA MERAH, CUCUR & KUIH KACANG HIJAU) tapi pepagi lagi mak aku ponpang dia lupa nak masukkan kacang rebus tu dalam peti satu malam. Makanya kuih tu jadi lembek le weii.. Tak jadi lah kawe nak jual kuih tu.


Korang nak resepi kuih kaswi pandan ni tak? Senang jep. Next entry aku update resepi kuih kaswi ni. Rugi sape tak cuba.!



Inilah ghuper kuih-muih buatan 3 dara pingitan. Tak tau apa rasa sebab masing2 puasa. Tapi jualan habis terjual semuanya tanpa meninggalkan kesan. Alhamdulillah. Untuk petang ni tak tau macam mana lagi.. Doakan semoga laku lagi lah yep. Amin.




Sebelum menamatkan entry yang agak panjang lebar kali, aku nak tunjuk sket cendawan yang dah membesar dengan sihatnya dan selamat dipetik. (Haa kau excited terlebih. Best sangat bila hasil kita tggu tu mebuahkan hasil. Korang nak tau perasaan tu try la tanam apa2 pon. hehe). Sebab tu orang kata berbudilah pada tanah. Cewah bermadah pujangga plak..




Sebenarnya dah banyak dah yang dipetik. Ini salah satunya. In shaa Allah cendawan celup tepung la plak kita berbuka hari ni ye. Alhamdulillah.



Selamat Berbuka semua!

Salam Sayang- Fasihah


2 comments:

fAr'z hAdi said...

oo...cenggitu kuihnye rp2nye..lme xbce belog awk ni..huhu

miss sakura said...

hahaha...
cenggitu la farah..
yang hitam tu la cucur..
mak aku kata org banjar punya food..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...