heartbeat

thx for being my followers

Thursday, May 19, 2011

nur ya kasih..:)


kamu kamu semua dah tengok belom movie nur kasih nih? excitedd nak habaq nih yang seha dah tengok..wink2..


best best best sgt..rugi sape tak tengok.bagi 5 bntang laa..congrate pd sume barisan pelakon n pengarah..terbaekk..

seha & the gengs tgok movie tuh kul 2.05 ptg td kat jitra. ramai org kot. slalunya tak da la ramai cam2. orang dah ramai tggu kat luar bfore masuk panggung. adei2. penangan nur kasih kan. selalunya hareemm nak tgk ramai mcm tuh.

kami pas solat2 semua trus beli popkon n air sarsi. sorg satu kot popkon kecuali cik jah ngan alyn.. cik nun siap beli popkon besaq kot. aduhai. minah popkon sorg tuh. hihihi..


pastu trus la kami melangkah masuk panggung kan. pergh. yang agak seket terkezut aweks muslimah sejati pon masuk wayang tengok movie tuh. terbaekk wa cakap lu. tape2...


sambil hirup air sket2 n kunyah2 popkon sbelum movie start kan. ada la lbey kurang bape minit gak kami dok tgk papan putih tuh. bila mau setart nih.adei2. tgu punya tgu akhirnya setart juge. hihihi. baru mau kol abg konter tuh dah setart.kih2.


wokey, part tacingg mesti la jatuh pada cik nun kita. awalan wa akhiron dok tacingg jaa..sebelah kanan cik nun sebelah kiri cik ejah. yang tak pahamnya ejah dok gelak2. seha pon gelak skali.pandang sebelah kanan aduhaii cik nun tacingg weyh. hihihi. nak tau bile time seha tacingg? time adam sakit waktu malam2 pastu dia solat tahajut. perghh..tacingg abess laa. sebab seha paham org sakit jantung macam mana,..


tacing punya tacing sampai ke sudaa. tapi ada gak part lawak2. tapi sket je la. tu pon kalo korang ada deria gelak kan mcm cik ejah..hehehe..akhirnya movie abes gak kul 3.30 tuh..perghh..puas ati laaa..terbaekk !



tapi ada sket la komen di sini, part last tuh nur jadi tua kan. cam tak best jek. means pasni dah tak ada smbngan..huwaaa..sobsobsob..


nih nak promote sket. silalah tengok yek cite tuh..hik2. berbaloi baloi...;)

nota kuku: psstt! kejadian yang tak dingini berlaku time naek bus td.huwaa..sori yek kengkwan..hihihi..


wokey, mau setop tok study last paper. 24hb exam SM. 25hb seha balek pahang..hoyeahh!





Wednesday, May 18, 2011

baruku sedar ghuper-ghupernya..

pejam celik pejam celik dah dekat 3 tahun seha kat bumi sintok nih. lagi 8 hari jek lagi nak melangkah pergi dari pintu gerbang uum nih. perghh.. rindu beb ! cop cop. rindu ke? mata ke atas tangan di dada..wakakaka..;p


pagi tadi baru jek abes jawab exam FRM(financial risk management). soklan direct jek tapi haku jek yang lupe. adei2. sesal dahulu pendapatan sesal kmdn tak da guna seha oit. tawakal je laa..


atenya, sekang bersiap siaga untuk last paper. siap siaga ke? padahal dok relax jaa kot. tak amek pengajaran langsung. haish.



tak sabar nak balekkk umah tapi balek umah sekejap jek kot. atenya pastu kene pegi KL tok praktikal. before tuh, seha pegi dulu umah pak jang kat sg buloh. hurm.. cuakkkk weyh cuakkk..tak tau nak watpe praktikal nih. apa persediaan pon tak tau. aiyaa..


hope semuanya bejalan lancar la kan. insyaAllah..amin..doa ibu terchenta mengiringi langkahku..




apa laa, yang seha dok merepekk meraban tak tau la. sbnrnya tak tau nak hupdate apa. tapi terasa mcm nak update. arhh terima je lah. buhsan buhsan!



orang lain eppy time besday dia kan? tapi aku? hurmm. tak da la nak ada gambar2 cantek2 nak tampal kat blog nih. hurmm. yang penting ati.. hope seha lebey matang tempohi liku2 kehidupan yang penuh onak ranjau..pengalaman mematangkan driku..hope so ! ;)




btw, thanks pada sesapa yang wish besday seha di pesbuk mahupon sms. thankss a lottss. terharu sgtt kat farah, jemah n laila nyanyikan lagu besday malam tuh. siap sediakan ayor simbah dari tingkat atas, simbah plak air sabun plus apa2 bahan ntah lagi. tak tau laa..part best kene teluq sejibik dr jemah..huwaa..busukk woo. satu toilet tuh bau. tak hilang kot. atenya korang gak yang kene basuh..hihihi..



adei2, tatau nak merepek merapu apa dah. setakat nih saje repekan seha kali nih. see uols next time. wish me gudluck for the last paper okey. babaii..;)


Wednesday, May 11, 2011

hot hot hot. .

as salam..


korang pasan tak bumi dah semakin panas n hot giler2? ahhh.. mandi bnyak kali toksah nak cakap lah. abes kering air uum nih. dah lah isu air kat uum tak penah nak setel.huhu..



dengan cuaca yang hot nih bertambah2 hot bila dapat cite hot dari member pasal kelas seminar..
perghh. semalam jawab exam seminar memang terbaekkk laa. terbaek bukan apa, terbaekk tak tau nak jwab apa. duduk plak sebelah detektif conan. eh bukan detektif conan tapi conan ed @ ismail. elok lah tuh sebelah kiri seha ismail sebelah kanan wan ismail. kenapa aku mst di kelilingi jejaka yang bernama ismail ? ahh. tak paham. wakakaka..



atenya, masuk2 dewan memang berdoa segala lah ngan budak2 nih. cuak+gerun hanya tuhan jek yang tau kan. study pon macam tak tau apa. bila tengok kertas soklan. perghhhhhhh. mntap waa cakap lu. start pukul 2.30 p.m. atenya, setengah jam seha dok bertafakur, mengusya kiri & kanan. tengok si conan ed dok dari tadi tak start jawab sama jek ngan seha. dalam hati sabo sabo. pikir ayat nak menggoreng. memang tak tau nak pakai perencah apa kot. nak isi perencah adabi takut salah. nak pakai perencah tomyam kompem salah. ahhh. senang cite tak senang duduk laa. ko study apa pon cam tak guna jek. wokey fine. tamau repeat paper nih. killer weyh killer !




pas jam di dinding menunjukkan angka 3, setart la gelabah. aku nak conteng apa nih? dari tadi kosong jek. adoyai. tengok cik nun kat depan cam ada gak tangan dok goyang2 tanda menulis somethng. atenye daku? huwaaa. dengan bacaan bismillah daku pon menggoreng apa yang patut. perghh. tak tau laa memang berserah sangat2. soklan last tuh, tak tau nak goreng apa, nak kira apa pon tak paham. harap jek bagi hint nak jawab tapi hammmppeehhh !




time tuh tak ingat la pukul bape dah kan, mujur cik aziah lalu kat sebelah. terus tnya apa soklan tuh nak kan. atenya ko tanya pon bajet dapat jawab la. hakhakhak. tape2 jawab jek asalkan tak kosong . memang dah tau kompem mcm tak betol.





jawab punyer jawab, sambil termenung sana sini sampai tak tau nak menungkan apa dah. tepat jam 5 dah kene setop. ahh. lega tapi rezukk tak tau la nak cakap kan. tawakal ! okey fine. tetibe lec announce yang gerup kelas kami kene stay.. owh no! nak bagi balek report yang dah ditanda ngan pen hitam yek bukan pen merah. report gerup ngan RP. sume gerop kene wat balek. hah !



cube anda bayangkan nak wat report time exam week ? ya Allah, sabo wei sabo ! memang sedeyh tahap gaban, stress toksah nak cakap lah. mana nak study mana nak wat report lagi kan. tak penah kot mana2 student kene macam nih. ce habaq kat cheq sapa penah kene macam nih?
smpai ada yang mengalirkan ayor mata kot. seha? ahh. mcam dah tak da perasaan. dah penat nanges dengan masalah lain. bengkak2 mata..tamau nanges!





apa hak kami sbg seorg student? knp kami di perlakukan begini? kalo nak mendidik kenapa gerup kami jek mcam nih gerup lagi satu dia bagi terbaekk ? apa bezanya kami?




entry nih, bukan nak salahkan sesapa tapi consider la sket. kami nak exam. tak kan nak pk report lagi kan. alasan memang nak mendidik tapi inikah caranya?




apa2 pon, seha hanya mampu berdoa supaya tak repeat paper nih. semua org kecewa ngan stress kot ! tak pe la. sabo aje lah pasti ada jalan terbaekk tok kita..insyaAllah...




Sunday, May 8, 2011

tak tau nak letak tajuk apa..

as salam...


tak tau macam mana nak cerita. tak terkata dan terluah dengan kata2. hanya orang yang mengalaminya akan paham dengan situasi aku skg. ya ya, setiap orang ada dugaan dorg msg2. aku redha dan pasrah dengan dugaan yang diberikan pada driku. bukan tujuan aku nak menunjuk or nak heboh satu kampung bila tulis kat sni. tapi untuk mengurangkan sedikit beban kesakitan yang perlu aku pikul.



dah banyak air mata aku rembes. dah tahap lebam tak tau nak cakap. dah tak payah nak letak blusher kat muka aku dah. thankss kepada sahabat yang prihatin pdaku. sgt terharu..





aku insan terpilih untuk Allah uji dengan dugaan nih. aku tak boleh berputus asa dan mudah mengalah. semua yang terjadi ada hikmah yang tak mungkin aku nampak skg.




mungkin, mereka ingat aku menangis sebab berita pagi tadi tapi sebenarnya tak walaupon pd hakikatnya ada rasa sedih di situ. aku pasrah. tapi tolong la jangan ketawakan & perli di atas kesusahan orang lain. mungkin kali ni kita bernasib baek, esok lusa kita tak tau. apa pon aku doakan yang terbaek untuk semua..





tak semua masalah aku boley share dengan semua orang. time sekolah dulu, aku ada kekuatan semangat yang menjadi tulang belakang pada driku tapi skg..? owh. jauh beza dulu dan skg. aku redha. sekg aku kene jadi tulang belakang pada semua orang. mampukah aku? kepada Nya saje tempat aku mengadu. manusia mungkin tak paham.



mendengar suara si ibu. tangisan aku tak mampu untuk di selindung dengan suara ceria. ahh. aku bukan seorg yang hipokrit. tak mampu untuk bersuara. hanya mampu berdiam tanpa kata. mendengar nasihat si ibu, aku jadi bertambah sedih. bukan niatku membuat ibuku bersedih tapi itu la hakikatnya aku. tak boleh mendengar suaranya tatkala masalah melanda diri. pasti rembesan yang akan keluar walaupon sebelom tuh dah banyak sgt air mata keluar..




mode: sedih sgt sgt sgt. ;'(

Saturday, May 7, 2011

tak terkata laaa..

kenapa tak terkata? entah laa. banyak benda pk bermenjak menjak nih. apa yang di pk kan tuh ? itu la yang kita tak tau. (bak kata syahid comey). tiru jap trademark dia.





*walaupon exam lagi 2 hari tapi sempat lagi daku menghupdate segala data2 dalam otakku ke dalam belog terchenta.*




apa yang dirunsingkan ?
apa yang digusarkan?
apa yang dimenungkan?



jwpn segala persoalan itu menjadi otakku keserabutan dgn bnyak perkara. tambah2 lagi time study week nih. bese la wajib study kan. tapi tak boley fokus. knp tuh? knp?



di pendam mati mak, di luah mati bapak. tersepit antara hidup dan mati.






*riso woo, 3 paper berderet2. tak tau la study masuk ke tak nih. hope sgt masuk la kan. :( *






..sori, jiwa kacau kot sekg. adakah sy mau p******. owhh tidak ! =.=' ...






p/s: yang penting doa yang tak putus2 untuk diri, family n kwn.



..sori lagi entry merepek2..huwaaaa..





eh budak kecik, apsal ko runsing mengalahkan aku nih? haish.
kerunsingan ko tuh dah transfer kat aku taw.
huwaaaaaaaa...

Wednesday, May 4, 2011

erti sebuah persahabatan.. ukhuwah fillah terjalin membawa ke syurga.. insyaAllah..

hai hai hai..tetibe malam nih macam ter'ada' mood nak update blog nih. nih semua terkenan dgn rumet sebab dia tetibe update pasal bestfrenz. wahh. terharu seyh.. nak baca pasal saya dalam belog rumet saya? sila angkat tangan macam saya..wakaka.(usop wilca terbaek dari ladanggg! )
nih belog rumet tersayang.di sini


mengira hari2 dan detik2 untuk meninggalkan uum nih agak sedeyh jugak la. bnyak kot kenangan pahit manis bersama2 mber2 kat uum nih. krisis, konflik dalaman, konflik jiwa, gaduh, gembira, gelak ketawa, semua menjadi memori yang tak mungkin padam dalam ingatan ku. setiap kejadian mematangkan seha mengenali manusia sekeliling untuk menjadi yang terbaek dari hari ke sehari,.



haish. banyak pulak beceloteh kan. tujuan utama nak tunjuk kawan2 seha kat uum nih. kawan yang penah rapat..so korang layan je la gambar2 nih..



*************************************************************************************
KEMBAQ 5: terdiri daripada alyn, ejah,seha, bella n unu.
jejaka tampan tuh, sesaje jek inteperem kat situh..hehe.





nampak tak jejaka tampan baju biru tuh menjengket sket? hakhak.. nak kenal tak sape dia tuh?syahid comey nama diberi. kenapa comey? itu yang kita tak tau tuh..hahaha..yang comey sebelah seha tuh namanya acap. bibirnya tak lekang dari senyuman. sejuk jek mata seha nih memandang..oppsss! lebey2 plak kan..hahaha


meh nak cite pasal kembor 5 plak. macam mana wujudnya nama nih? nak tau ke? semua nih sebab apess. ya ya apess. apess merangkap ketua kos kami la senag cite. sesedap jek dia bagi kami geng kembor 5. kami tak pinta tapi tanpa sedar ia wujud sebab kami satu kos, satu hostel. so, memang rapat laaa..;))



tadaa. nak tau ke sape awek nih? nama diberi ezzah atau nama gelemnya ejah. hakhak. merangkap rumet. pejam celek pejam celek dah 3 taun kita bersama met. adei2. sobsobsob.cett. tapi praktikal still dapat ketemu met. tak da muke lain ke aku nak ngadap haa? sentap tak?hahaha. kami mmg sama tang suara la bak kata ejah. sbb tak yah pakai speaker kan. riuh rndah blk kami tuh. opss. saje nak kantoikan dri..wakaka..;p.




next, cik merah jambu @bella@ cik nab@ nek nab. semua panggilan tuh nama manja yang kami panggil. sesuke ati jek kan..hik2. tape2 yang penting eppy.. merah jambu nih, mmg kuat study orgnya tak mcam seha yang pemalas nih. kalo tak paham mesti refer kat nek nab lah. hehe. kompem paham sbb nek nab terang mcm cekgu dah..hik2. kadang2 seha suke jugak mintak pendapat nek nab nih. mmg menusuk ke kalbu la segala nasehat d beri tuh. hik2.




haaaaaa.. ni pulak nunu. kadang2 seha macam malas nak panggil nunu @ husnu, seha sesedap rasa tambah perisa panggil nun. sem nih, seha ngan si nun nih memg selalu bersama2 sebab grup assemen sesama. pergh,. mention grup assemen jek tensen muke memasing. bnyak kejadian woo. pobia2. adoyai. sabr la unu kan. btw, sori la nun. ko terpksa mendgr leteran daku nih. nun mmg pendgr luahan hati gue nih. tq2. hik2.





lastly, alyn aweks si tutttttss..opss ! alyn nih bnyak bebenor gosipnya,.ish2. moga2 semua gosip tuh membuahkan hasil yek lyn..hehe. aku doakan ko nih. apa2 pon alyn nih, merangkap cekgu jugak la. sebab apa, time stdy gerup jek kompem kami dok melepak blk dia nak tnya soklan. mmmg muke kondipen la time terang tuh. menusub ke sanubariku laa,..hihihi..



*************************************************************************************

jiran sebelah: terdiri dari pada jemah n farah





aweks comey nih, jemah namanya. sori jem, aku upload gmbar nih. nak wat kenangan before keluar dari uum nih. btw, thanks sgt kat kamu sebab melayan kerenah daku yang ntah apa2 kan. semoga sem depan dapat buat yang terbaek untuk last sem yek jem. apa2 pon jgn lupe abeskan lesen moto n kete kat muhibbah tau.hik2.




aweks si lesung batu. eh eh. kita sama spesis la farah. hak2. sila jgn muntah. huwaa. farah, ingt wasiat daku nih. wat yang terbaek tok sem depan k. jgn ikut emosi. kuatkan semgt. akn ku rindui saat2 kita bersama weyh. sobsobsob. btw, sori for everythng. sem nih, daku agak busy. so ketiadaan masa untk besama2 kamu berdua. sori. ;(


*************************************************************************************

bifb's student: mber2 satu kos..akn kurindui korg semua. sem ni baru rapat2 sangat2. sebab apa? nih semua jasa baek encek pesbuk. merapatkan ukhuwah fillah sesama kami.





time makan ckt besama2 kat kota chanlon. rindu woo saat2 besama mcm nih. sem last baru la nak rapat hang out sama2. hik2. apa yang penting akn ku rindu kan kesedapan dan keenakan rasa ckt kota changlun itu..huwaaa..;(




ni antara guys kos kami. bukan semuanya ada. nak carik gambar semua mmng susah nak carik. penat dah seha geledah pesbuk semua. dah tak larat.haha. maap bagi sesapa yang tak da yek. korang mmg trbaek laa..





ni plak time jamuan doyan. ejah ngan nunu bawak doyan. memg pesta doyan la.. best wooo wa cakap lu. hik2..



sempat lagi kami dok snap ala2 gumbira pas kelas seminar. yang pasti akn ku merindui cik aziah tersygg. maseh terngiang2 suara lunak merdu cik aziah nnt. nak upload gambo cik aziah tapi tak da la plok dlm lappy nih.huwaaa. sori yek.



lastly, saya detectif conan. eh, saya fasihah othman dgn ini memohon maap segala salah dan silap saya selama saya berkwn ngan kamu kamu kamu. saya hnya insan bese yang selalu buat salah. no body perfect. ya ya. apa2 pon doakn yang terbaek tok final sem nih. do our best. insyaAllah. amin. ;)

Tuesday, May 3, 2011

saya dah berjaya !

as salam pada semua. saya detectif conan. eh silap ! saya fasihah othman telah berjaya LULUS lesen moto. hahaha. bgga seyh. ! bape kali jek la seha pegi kelas driving tuh. busy memanjang jek. mana la sempat nak pegi kelas kan. pegi kelas moto jek mesti tak semangat sebab apa, sebab cikgu moto tuh terbaek punyer.

almaklumla, seha sibok dengan kelas seminar kot. atenya bdk2 bifb memang trauma dengan kelas seminar. kojenya belambak2 komain. macam dah sepoloh subjek je rasanya untuk kelas seminar sahaja. belom kira lagi report. report jek dah lima skali present. setiap minggu cuak! itula asam ragam budak2 final sem yek. detik2 pahit manis berada di uum. hik2.

eh eh. melalut mana ntah dah seha nih. atenya sambung balek bab lesen td. seha ingat nak amek lesen kete skali. tapi tu la reasonnya. tak cukup masa n badan sgt la letih kalo nak smbung petang pegi kelas memandu. owh. tape2 moto jek pon kan. klas kete kompem2 la tuan blog gigil pegang stereng. haish. yang dah expert drive tuh jgn belagak yek..huh !



meh sini nengok borang JPJ saya. hik2. menunjukkan alibi yang soheh dr detectif conan ! hehehe..;)


see, betolkan saya tak tipu. nama di atas seperti nama saya dalam surat beranak dan ic..hahaha





perghh. kesalahan saya hanyalah pada brek kecemasan. sebenarnya seha hentam p jek time tuh. ntah jadi ke idok. JPJ jauh kot. asalkan press minyak kuat2 sudaaa..hehehe..






tang nih pulak, seha kompius tang mana dia tandakan salah tang mana dia tandakan rait. haish. atenya saje je la tuh nak carik satu kesalahan, walaupon tak da kesalahan. sabo2 aje la yek..




alhamdulillah. salah satu aje..;)



tak sangka gak lulus sbnrnya. ingatkan dah fail tang brek kecemasan tuh.



alhamdulillah syukur sangat. sebab tak repeat. kalo repeat maka melayanglaa duet omak terchenta. lagi pon time exam kot kalo nak repeat. syukur sgt. sekang nih pon seha ngah study week. even, ngah study week tapi koje assemen tetappp ado taw. ada dua report nak kene anto hari khmis nih. sabo aje kan. atenya bila mau start study?


seha kene siapkan report grand seminar tuh malam nih jugak. assemen case study part seha dah settle. alhamdulillah. akan daku berhimpas pulas menyiapkan assemen tuh malam ni gak. doakan yang terbaek buat seha taw. ;))


lagi seminggu jek lagi seha nak start exam. pergh. doakan seha yek. semoga seha berjaya dengan cemerlang ! amin. insyaAllah. usaha escalator kejayaan.




nampak tak jadual exam seha tuh? tak nmpak eak? alaaa. buat2 mcm nampak je la. hehe. seha print skrin jek. seha start 9mei dan abes 24 mei. atenya balek pahang jumpe family 25 mei.
seha start praktikal 1 jun. bape hari jek pon nak lepaskan rindu kat omak terchenta. huwaaa..


cakap pasal praktikal memikior manjang sebab apa. sebab still berat ati nak pilih kat mana kan. seha dapat praktikal kat kuwait house finance (KFH). jangan salah paham. seha bukan nak kene pegi kuwait kat obersea tuh. ish2. KFH tuh sebuah bank dari oberseas yang ada branch kat key el. huk2. lagi satu seha dapat kat agro bank kat umah seh jek pon. tak sampai 10 mint dah smpai kalo naek moto. kalo jalan kaki berpeloh2 gak la nak bejalan tuh kan.


atenya, si omak pon riso bebenor la teman nak pegi praktikal kal key el tuh. siap berpesan bagai jaga dri semua. seha cakap apa tau kat mak." mak, akak lom nak pegi praktikal esok lagi mak"..hehe. tape2. omak riso bebenor la nyer. nak buat cam mana. anak dara dia nih kan. mak sorang nak kene jaga anak dia yang enam tuh. mcam2 perangai plak tuh. sabo aje la.


apa2 pon seha blom buat keputusan lagi nak praktikal kat mana. ati cam berat nak buat mak riso. peluang ada kat depan mata. sanggup kah daku menolaknya? huwaaa..apa2 pon seha doa yang terbaek buat diri seha. doakan seha skali taw.


okey la seha nak pegi solat mencarik ketenangan jiwa dan sambung buat koje yang tergendala tuh. as salam. babai.;)






senyum itu sedekah. hik2. kumpul pahala. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...