heartbeat

thx for being my followers

Friday, July 19, 2013

Isu Panas di Bulan Ramadhan (sebagai renungan bersama)

Assalamualaikum..

Apa isu panas tu? perlu diingatkan aku bukanlah wartawan gossip hiburan sensasi atau paparazzi tetapi aku hanyalah insan yang suka melihat dan memerhati serta mentafsir apa yang berlaku di sekeliling.


Minggu ni home facebook aku penuh dengan berita sensasi Ashraf Muslim kawin dua ni. Gambar di bawah sebagai bukti menunjukkan ramai bebenor la yang mengepost berita ni.




Sebelum ni aku tak percaya dengan gossip hiburan sensasi tentang Ashraf Muslim ni. Kira ignore ajelah sebab aku memang malas nak amek port pasal artis-artis ni. Tapi entah kenapa dikeheningan pagi semalam, sambil aku merehatkan diri melihat youtube ternampak pulak video statement from Bapa mentua si Ashraf ni. Saje je nak tengok what going on?


Then, setibanya mak aku balik dari kerja pon dok keriuhan cerita pasal Ashraf ni. Tak sangka mak pon advance dalam hal gossip. haha.. (apa taknya terpengaruh dengan orang dekat tmpat kerja la ni.). Rupa-rupanya cerita siap masuk berita pagi TV3. Owh aku tak tengok berita TV3. Sekian!


Nak lebih panas kontroversi timbul dengan penulisan puisi yang dikhabarkan daripada Dayana. Henti-hentikanlah segala gossip yang melanda diri mereka. Penulis sebenar adalah seperti dalam kenyataan blog mediapopular.


Tujuan aku menulis disini bukan hendak bercerita pasal mereka ni bahkan aku sangat bersimpati ke atas mereka. Hanya doa yang mampu aku titipkan buat Dayana sekeluarga agar tabah. Aku tak menafikan dan menyatakan hukum berpoligami itu teruk or so what ever. Siapalah diri yang kerdil dan hina ini menidakkan hukum Allah. Kita sebagai manusia memang tidak nampak apa kebaikan serta hikmah disebaliknya tetapi Allah lebih Maha Mengetahui. Cuma secara jujurnya aku terkilan dengan cara dan tindakan Ashraf. Mungkin jika aku ditempat Dayana pon akan mengambil tindakan yang sama. Apa-apa pon kita serahkan segalanya kepada Yang Esa.


Disini aku menyeru supaya hentikanlah bercerita pasal mereka. Disebabkan dorang artis kecoh satu melaya. Hurm..


Jom redakan diri dengan tengok video iklan raya samsung ni. 




Lastly, aku mintak maaf sekiranya entry ni menimbulkan sensetiviti atau spekulasi yang berbeza daripada mana-mana pihak. Just for sharing. 

Sebelum melabuhkan tirai jom kita istigfar. Selamat berpuasa! :)


Salam Sayang-Fasihah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...