heartbeat

thx for being my followers

Friday, July 16, 2010

^^asal-usul orang banjar..nak tau??ahaks..silalah baca..hehe^^

++salam sejahtera pada u guys sume..aku smpat update blog tersyg walaupon pada hakikatnya memang bnyak keje nak buat..++entry nie gak pnjang..hehe..sorry le terlbeyh rajin jap..pasni xda masa sgt dah..bz ngan keje2 yang berlambak..++

++sedang aku carik maklumat pasal subjek HUBUNGAN ETNIK..hehe..aku baru amek subjek tue pada sem 5 nie..ahaks..member2 sume dah amek sem awal2 lg..nak wat cne dah terpksa amek sbb ada subjek pra-syarat & terpksa drop subjek nie..hehe..+++

++haishhh..bnyak pulak celoteh aku nie..berbalik pada cite asal..carik punya carik maklumat pasal subjek tue..aku dapat maklumat pasal maklumat etnik ORANG BANJAR..ahaks..pnah dgr tak??

++semestinya aku tertarik ngan artikel tue sebab aku adalah orang bnjar+orang phang..hehe..mak keturunan bnjar..so, aku cucu bnjar la nie..wakaka..+++

++nak tau asal-usul orang bnjar tak??ahaks..meh sini aku story sket sal orang bnjar nie..++

++sebelum tue kita tgok dulu profile Pembesar Kerajaan Banjar++


++huhu..nie la pic pembesar kerajaan banjar..ensem tak??hehe..+++

++Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku, iaitu:

  • Banjar Pahuluan
  • Banjar Batang Banyu
  • Banjar Kuala
  • Banjar Alai
  • Banjar Kaluak

++Orang Pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai Negara) yang berhulu ke Pegunungan Meratus. Orang Batang Banyu mendiami lembah sungai Negara, sedangkan oang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar, yang pada asasnya ialah bahasa Melayu– sama halnya seperti ketika mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya – yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kosa kata Dayak dan Jawa.++

++Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun 1860, adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, sesuai dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi..

Penghijrahan ke Sumatera dan Malaysia

++Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.++

++Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.++

++Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.++

++Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.++

++Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari daerah ini ialah Syekh Abdurrahman Siddiq Al Banjari yang berasal dari Martapura, Banjar yang memegang jawatan sebagai Mufti Kerajaan Indragiri.

++Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari Malaysia adalah Syeikh Husein Kedah Al Banjari, iaitu bekas mufti Kerajaan Kedah. Salah seorang etnik tokoh Banjar dari Malaysia yang terkenal ketika ini ialah Dato Seri Harussani bin Haji Zakaria yang menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Organisasi suku Banjar di Malaysia adalah Pertubuhan Banjar Malaysia.

++manakala,Mengikut Idwar Saleh (1986: 12) pula, sebelum dan pada awal berdirinya Kesultanan Islam Banjar, etnik Banjar pada waktu itu belum menjadi identiti suku atau agama, dan hanya sebagai identiti diri yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka.

Idwar Saleh menyimpulkan suku Banjar terdiri dari tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku:

  • Banjar Pahuluan; campuran Melayu dan Bukit (Bukit sebagai ciri kelompok).
  • Banjar Batang Banyu; campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Maanyan sebagai ciri kelompok)
  • Banjar Kuala; campuran Melayu, Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok)
~~~fuhh..penat aku meng'copy' & paste artikel nie..hehe..aku tak rajin tok taep sume~~~

++last word, I proud to be banjar's people..hehe..+++=)))))

++mata dah ngantok nie nak tdo..bubye..muuaaahhh3x..xoxo..wakaka..*_^++


++begini la keadaan mataku skg..okies..bubye..nak tdo dulu..nyte..hik3x++

2 comments:

hazam said...

mana nak dapat artikal berkenaan suku banjar yg lengkap?

miss sakura said...

..humm..
..sy search je kat dlm internet..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...