heartbeat

thx for being my followers

Monday, July 8, 2013

semangat tetibe menerjah ke dalam diri sempena tahun 2013 ni..

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Ya Allah berkepuk-kepuk , berhabuk-habuk blog aku ni.. Last entry 27 July 2011 uolss. Komfem bersawang-sawang dah.. ntah kenapa di keheningan petang yang penuh keberkatan ni terasa nak update blog ni. Maybe semangat berkobar-kobar tu datang apabila disuntik daripada puan nunu. sekarang ni cik nunu dah naek taraf kpada puan nunu, then will be mother to be plak yep..hehe..Congrate once agains sahabatku/exhosmet/excolleague.. :)


Okeh back to the topic, kenapa cheq tetiba ada semangat dah mengupdate bgai ni kan? Korang nak jawapan tu pendek ke panjang..?? hurmm.. aku bagi dua2 jawapanlah..

Jawapan pendek: Sebab aku boring.

Jawapan panjang: (Reminder- kalau penat nak baca korang skip jep..haha). Sebabnya aku isytiharkan aku penganggur terhormat di abad ini. Disebabkan contract aku pon dah abes, so aku decide nak amek leave panjang sket lah.. Ghuper2nya barulah aku tau perasaan orang tanam anggur ni.. (pdan muke tak bersyukur, dulu balek lambat dari koje pon merungut). Tak pe, aku sejujurnya tak menyesal sebab Allah dah rancang yang terbaek untuk aku.. haaa..see, we must be positive think evendo dah berbakul2 jiran tetangga dok mengata aku..So di kelapangan tu, aku terlebeh masa nak update blog aku yang dah bersawang-sawang ni..


Hello, hello, hello.. korang mesti ingat aku makan, tdo, makan, tdo je kan? Persepsi anda anda semua silap yep. Pepagi aku lagi dah kene hantar adek haziq (si bongsu) tu pergi sekolah yep..Lepas tu, aku kemas2 umah sampai pukul 10 jam berbunyi aku dah pergi pasar uolss.. lepas tu, aku masak untuk tuan2 puteri kat rumah ni. haaa, amacam dah macam HOUSEWIFE tak bertauliah tak?? almaklumla my mummy pergi carik rejeki.. anaknya kene la jadi housewife tak bertauliah sementara nak tggu panggilan company2 yang berpotensi.. 


Kalau korang tengok entry zaman tok kadok ada kot gambor budak kenit ni. dah darjah 2 budak ni haa..

Di samping tu, aku berjinak-jinak dengan dunia bisness ni. jual kuih-muih dekat bazaar ramadhan(nanti aku update pasal bazar ramadhan rabu ni ye), pastu aku jual biskut raya. beli la..beli la.. penat aku promote sana sini dekat fesbuk tau. nak tengok? klik je link ni.. Kalau berminat boleh PM jep 24 hours 7hari seminggu haa amekkau..


Sebelum aku stopkan potpetpotpet aku ni, aku nak mntak uolss doakan aku berjaya la test JPJ nanti yep. malas dah nak ngadap driving school tu dah.. boring weyh.. dah ghuper apa dah..


korang layan jelah gambor2 untuk santapan mata semua. (macam la cantek sgt..lantaklee)..



snap depan cermin dekat umah sewa aku dlu.. rndu bilik aku weii..








mek yaya yang hilang khabar berita bila dia balek kampung halaman terchenta. okeh dah paham fiil dia kann..




jejalan ke petrosains wiff puan nunu after one month naek taraf tanam anggur. dah tanam anggur ada ongkos lagi nak jejalan yep..??






me, my sister & my youngest brothers.. apaaa?? tak percaya itu adekku?? percayalahh.. macam la aku kurus sangat..sama je pon..skg dah makin bambam..





Time ni wedding my rumet kat matrix dlu.. dia nikah 6 July 2013 hari tue.. masih mood honeymoon tapi khabarnya dah kene posting ke Sarawak. Hope everything will be fine la ye sahabatku.. take ur experience and be tough sebab berpisah dengan hubby terchenta.




At last, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Almubarak dalam masa sehari je lagi ni.. marilah tingkatkan amal ibadah seolah-olah kita akan mati esok hari.. Amin. Tingkatkan amal, tambahkan ilmu in shaa Allah barakah hidup.. 

Bye. :) Salam Sayang Fasihah...



2 comments:

fAr'z hAdi said...

wah...mkin maju belog kam0o ye.....last update 2011..punye lame bersarang....huhu

miss sakura said...

tau xpeee..
2012 tu aku nak bkak lupe pasword and emel..
so bersawang2 lah blog ni haa..
xda la maju sgt biasa2 je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...